mahu mencari pasangan??

| |




sering kali mendengar kata kebanyakan orang,nak cari pasangan
kena kenal dulu.bukan sekadar kenal2 biasa,tapi yang dimaksudkan tu ialah couple.
perlu ambil masa yang lama untuk saling mengenal hati budi masing2.perlu b'dua duaan,
kononnye nak pasangan yang romantik & memahami lagi serasi.

aku jugak sering meragui hal ini.(keluar b'dua-duaan tentu skali aku protes.)
ye aku tau salah,tapi benarkah tidak ada percintaan melainkan selepas pernikahan?

baru2 ni aku membaca beberapa buah islamik novel. (bkn novel cinta)
banyak yang menyedarkan aku tentang mencari & memilih pasangan.

jika benar mahukan hubungan yang serius,cinta yang benar2 suci & terjaga,
berjumpa lah terus dengan orang tua dia sebagai tanda sudah bersedia & benar2 b'sgguh mahu memiliki si gadis melalui garisan yang telah ditetapkan syariat.
biar orang tuanya yang menilai akhlak & penghayatan agamamu.
baru kemudiannya berunding dengan si gadis.
berhubung lah melalui orang tengah supaya x m'datangkan perkara2 yang tidak sepatutnya
demi menjaga keredhaan Allah dalam hubungan.
apakah pernikahan akan mendapat keberkatan sekiranya di awal hubungan lagi sudah di nodai maksiat & perkara2 mungkar??

xperlu merantau segenap penjuru dunia untuk mencari teman mengikut citarasa sendri.
tidak perlu mngambil tempoh yang begitu lama,saling b'sms,keluar berdua-duaan utk saling mengenali hati budi masing2.hanya perlu merenungi,muhasabah & perbaiki diri sendiri.
kerana kita yang menentukan siapa pasangan kita melalui diri kita sendri.
sekiranya mahukan pasangan yang soleh,kita perlu mendidik diri menjadi solehah dahulu.
jika mahu pasangan yang taat kepada kedua orang tua,halus budi pekerti,kita t'lebih dahulu mencorakkan sikap2 itu dalam diri kita.bersertakan doa yang tidak putus,mohon dikurniakan pasangan yang sekufu & penghayatan agamanya tinggi.

begitu juga dengan zuriat.kita yang mencorakkan akhlak zuriat kita melalui akhlak kita.

7 ciri suami terbaik :

1. Alim ( berilmu agama)
2. Husnul Akhlaq (berakhlak baik)
3. Qanaah (redha dengan apa yang ada)
4. Syakir (suka berterima kasih)
5. Ghafir (pemaaf)
6. Rahim (penyayang)
7. Sobir (penyabar)

pengalaman & keaadaan sekeliling aku membuktikan kenyataan ini.jika masih ada yang membangkang,terserah.kalian berhak berpendapat.aku jugak.

maaf andai ada yang berpendapat aku ini 'extreme' @ syadid,ingin skali aku katakan,
Tuhanku memberikan aku nyawa untuk aku b'jalan di atas landasan syariat yang Dia telah tetapkan sehingga sampai ke titik perhentian yang ditentukan buatku..aku hamba yang amat lemah lagi hina mencuba sebaik2nya b'jalan mengikut landasan tersebut.ya aku kadang2 tetap jugak tersasar darinya.kerana aku hanya seorang insan yang punya seribu satu kelemahan.

andai datang khilafku & tersasar di mana2,mohon tegur aku dengan selembutnya kerana aku adalah seorang perempuan yang diciptakan bersama emosi & perasaan yang halus.mudah tersentuh.nasihatmu pastiku terima dengan hati yang terbuka.
insyaallah..

2 comments:

Qalam Sufi said...

alhamdulillah...bgus2...moge sakinah jumpe le dgn bakal suami yang sakinah impikan...amin Ya Rabb...=)

sakinah rani said...

ameen..jazakillah wa barakallah akak.(^_^)

Post a Comment