PLEASE PASS THIS.. LET THE WORLD KNOW

| | 0 comments

Kami pelajar di mesir tidak menafikan memang sempadan ke gaza di sekat oleh kerajaan mesir. Di Mesir juga ade 2 golongan, sama di Palestin.
Satu yang berpihak ke Israel, dan satu yang memperjuangkan pembebasan Palestin. Kebanyakkannya dari golongan pelajar2 universiti sekitar Mesir menggelar diri mereka sebagai brotherhood (Ikhwanul Muslimin) mengadakan jualan amal, tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti-aktiviti lain utk meningkatkan kesedaran warga mesir. Namun, mereka ini dikategorikan sebagai golongan pembangkang.Ditentang kerajaan. Disini juga ade ISA namun lebih dahsyat kerana akan dipenjarakan dibawah tanah. Utk pergi berjihad, mgkin belum ramai yg sanggup melakukannya. Namun ade perkara yg lebih mudah utk dilakukan boikotlah barangan keluaran Israel. Israel menguasai ekonomi dunia namun penduduk Islam di dunia juga ramai. Apabila kita bersatu boikot barangan Israel, ekonomi mereka akan lumpuh, tidak byk keuntungan dapat disalurkan ke medan perang utk membeli peluru dan bom fosforus. Ketahuilah saudara-saudara seIslamku, jgn pandang remeh soal boikot kerana jika kita terusan membeli barangan keluaran Israel adalah umpama kita membantu mereka membeli peluru utk saudara seIslam kita di Palestin. Ingatlah, di akhirat kelak, apabila dibangkitkan semula, dan disoal apakah yang dilakukan apabila Islam dihina?apabila saudara seIslam kita dianiaya?apabila saudara seIslam terus terusan dibunuh dgn kejam, apakah yang kita telah lakukan atas nama Islam, apakah jawapan yg kita ada?Adakah lebih susah utk berhenti makan KFC, mcD, minum starbucks, berhenti membeli barangan keluaran kimberly clerk, berhenti minum coca cola dan pepsi berbanding gan apa yang saudara kita lalui di Palestin?
Apakah senjata kita utk menentang yahudi?jauhi sikap wahan..jauhi sikap cintakan dunia takutkan mati..Jadilah seperti tentera badar yang bukan kuat fizikalnya tapi kuat imannya..tentera badar yg seramai 313 org berjaya menewaskan org kafir berganda-ganda lebih ramai dan lebih lengkap senjata perangnya kerana mendapat bantuan Allah. Kerana iman mereka..berduyun-duyun malaikat turun membantu mereka berperang di jalan Allah..dalam keadaan kita yang lemah imannya dan cintakan dunia, bagaimana pertolongan Allah itu akan datang sedangkan kita sendiri jarang berdoa padaNya..Umat Nabi Muhammad SAW adalah khalifah dibumi ini, namun yahudi meletakkan kita di tingkat paling rendah, sama tingkat dgn hamba hutang dan babi (rujuk 13 payung mahkota freemason)
Adakah anda ingin menjadi seorang khalifah yang Allah angkat darjat mereka disisiNya, atau anda ingin terus-terusan jadi hamba hutang yahudi?tepuk dada tanya iman..Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sila baca email yang saya terima dibawah.


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine ... Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel ...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!




( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )


http://cache.daylife.com/imageserve/09rz5MwaJI43T/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/00PX7Jb5hqa0A/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/05YS5pWdu56nO/610x.jpg


http://cache.daylife.com/imageserve/01jU2Jb4hsbnu/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/002CdzGb6122Q/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/03MYfZGaVCbgN/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0153gFN3Lu68l/610x.jpg



http://cache.daylife.com/imageserve/0aN04NB3pRc61/610x.jpg



http://cache.daylife.com/imageserve/01f4fbF8pF2WP/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/02AQ72R9Vv556/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0dUxgSJefC3Se/610x.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/048qcQCceg72n/610x.jpg

PERKARA YANG YAHUDI SUKA

| | 0 comments


Israel. Asal usul perkataan dan istilah Israel ini ialah dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Istilah Israel mengikut bahasa Ibrani bermaksud 'orang yang berjalan di malam hari'. Hal ini kerana baginda selalu mengembara dengan memulakan perjalanannya pada waktu malam manakala pada hari siangnya baginda menghabiskan masa dengan berehat dan membuat persediaan untuk perjalanan berikutnya pada waktu malam. Begitulah asal-usul nama Israel itu. Kaum Bani Israel ini berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang ini yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath'. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.

Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Ayyub, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zulkifli, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.

Rahsia Bintang Enam Israel

Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka. (saya akan tulis kemudian tajuk khas bab ini)

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

"Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"
Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan.

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza. Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia.

Assalamualaikum w.b.t. & Selamat Sejahtera

Semoga ISLAM terus bersatu dan kuat berkat dari-Nya.Aminn. .

Renungan bersama ...

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabka n otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5 . Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Kembalilah kepada sunnah Nabi Muhammad S.A.W..

Amalkanlah pemakana n sunnah Nabi Muhammad S.A.W..

Dapat menambahkan darah..dapat mengurangkan kolestrol dalam darah.dapat mengelakkan penyakit2 lain.

Dan untuk mengelakkan tubuh badan kita, anak-anak kita dipengaruhi oleh Yahudi ni.

Kurma nabi, kurma madu, madu, kismis, buah tiin, buah delima, buah zaitun, habbatus sauda, zaffran, air zam zam

Dan banyak lagi pemkanan sunnah yang lain..yang terang2 mempunyai khasiat dan kelebihan yang tak dpt ditandingi oleh makanan lain di dunia ni.

Di samping badan kita sihat.kita dah amalkan sunnah-sunnah Nabi setiap hari...

Alhamdulillah.InsyaAllah diselamatkan dunia akhirat.

Amalkanlah walaupun sebiji kurma.iringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Jika kita belajar dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita seharian, InsyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di Akhirat.

Hadis mengatakan "Bar ang siapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W pada zaman kerosakan umat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"

kongsi dan sebarkan.

| | 0 comments


Assalamualaikum..

artikel d bwh ni adalah artikel y d fowardkn ke email kina.rse b'tggungjawab utk dikongsikan b'sma sahabat sume.& mnta sebarkan.


Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk
Islam
)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya
sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya
dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga
Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang
menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di
Sabah . Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi
seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk
Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat
sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam
berbagai program. Selalunya program khidmat
masyarakat. Pihak gereja selalunya
membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang
kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya
masalah mereka dan bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit
secara spontan. Ada kami hantar keperluan
harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka.
Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan
susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka.
Paling berbaloi kami mengkristian remaja
Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.
Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang
Islam yang dimurtadkan. Bayangkan
pendapatan saya ketika masih dialam
persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan
mengambil m/pelajaran Agama Islam yang
boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya
m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya
mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus
ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan
memmudahkan saya menyebarkan agama
kristian
. Saya mempunyai beberapa soalan yang
saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang
Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam
bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang
mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya
ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai
dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa
rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu
saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama
Kristian,agama saya". saya kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;-
Mengapa orang Islam sembah kaabah
Sebenarnya semua agama sama sahaja.
Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam
adalah agama langit. Mengapa diakhir zaman,
Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan
bukannya Nabi Muhammad. Mengapa dalam
sejarah dan hingga kini orang Islam suka
peperangan. Injil sekarang dikatakan
diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab
pertanyaan saya dan
kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan
kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan
yang tidak mampu saya menjawab secara
tepat. Apakah boleh manusia(paderi)
mengampunkan dosa manusia lain. Persoalan
ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 konsep
ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan
beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan.
Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan
bertemu bapa saya seorang ketua paderi.
Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi
saya kerana bawa 'orang malaya' datang
kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.
Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan
ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz
tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang
berjubah. Seorang berjubah hitam membawa
salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang
meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah
hitam dan berjubah putih saling menarik saya
mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.

Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam
semakin tengelam dan yang berjubah putih
semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta,
saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan
ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"
mengapa Johanis....awak mengigau...."


Saya pegang tangan ustaz itu, saya
katakan,"Cikgu Islamkan
saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk
dia uruskan dengan
pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di
Islamkan oleh Ustaz
itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah.
Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya
bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah
tahu.
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan
keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak
menerkam dan peluru
senapang meletup keatas. Saya segera
meninggalkan rumah sehelai
sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.
Tinggalkan sekolah. Saya
bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya
dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung
sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala
Lumpur. Secara kebetulan rakan saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk
Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2
lagu dalam album pertama kumpulan Raihan
adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan
dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula
Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-
Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja
dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak
masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka
dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak
jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah
ini nak berdakwahpun merungut duit over time.
Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi
pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa
lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini
saya mahu berjuang untuk mengIslamkan
seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti
saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas
meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM
saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik
saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya
sayang ayah. Saya sayang emak. saya sayang
adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah
emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya,
saya hantarkan buku-buku yang sesuai
menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon.
7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya
menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik
beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad
Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat
berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.
Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur.
Air mata saya menjadi
terlalu murah....saya terus menangis...saya
pejamkan mata...saya
bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat
tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya
Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk
Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau
dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat
umat Islam hari ini
berpecah. Kita berpecah kerana kita
meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita
ambil sebahagian dan kita tinggalkan
sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan
hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan
nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita
cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah
sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan
beberapa orang pensyarah universiti tentang isu
Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You
apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.
Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan
masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya
tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak
menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa
Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.
Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah
ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam
oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat
Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan
Agama,mana permit polis, sapa benarkan
pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog
dengan puak Kristian,kerana saya ada
pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam
sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha
yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini
mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar
Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang
pura-pura masuk
Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling
bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-
satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang
Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita
terminum 'Holy Water'.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi
oleh paderi termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri
kita
dulu. Kalau terminum,
cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x,
Yasin 1x, 3 qul 1x,
dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan
sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat
diselamatkan. insyaAllah.

tolong fowardkan ... demi islam... demi agama
yang
tercinta...insyaallah...
Pak Syeikh- Moga Allah beri taufik wal hidayah
pada umat Islam semua agar saling berganding
bahu membendung ramai melayu Islam menjadi
murtad. kalau di barat Pendakwah Islam disana
berjaya menarik Cat Steven memeluk Islam,
apakah usaha umat Islam di Malaysia.Biar
banyak
Gereja. Kalau mereka tahu akan kebenaran Islam
lambat laun gereja tersebut akan kosong jugak
macam dibarat banyak gereja yang kosong,.Alih2
ramai yang masuk Islam dan gereja tersebut
bertukar menjadi masjid...

amin.

wallahua'alam



sdikit p'kongsian & peringantan sempena isra' mikraj

| | 0 comments

Ketika tulisan ini ditulis menunjukkan bahawa bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab ini berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.

Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.


Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.





PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ


Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1).

Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.


Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18).

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.


SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ


Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).

Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.

Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.


PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ


Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.

Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.


KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ


Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.


DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU


Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.

Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.

Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.

Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.


PERTIKAIAN KAFIR QURAISY


Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.

Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.

Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.

Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.

Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.

Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.


stress..

| | 0 comments

da lme sgt kina x update blog.huh..
sem ni t'amat buzy.sbb,2 sub ngan ustzah siti.
asyik stress je rse.stiap kls,stiap tjuk die bg asgment.n kne submit pd kls brikutnye xblh lwt ckit pn.klu x,hbs la..

http://www.emocutez.com

da wat,kne rject lak.kne wat blk..asgment mkin b'tmbun bl sub2 lain pn ad asgment y prlu disiapkan.pntnyee...pnt otak,pnt bdn.

http://www.emocutez.com

mnyesal je rse x drop salah 1 sub ustzah ari2.seolah2 sem ni blaja 2 sub 2 je.t'lalu bzy ngan asgment ustzah,smpai xsmpat nk study sub lain.rht jgn kte la.tdo bape jam je.

http://www.emocutez.com

plg wat kina stress sbb kina ni vurnarable.lemah.cpt letih,mudah sakit.bl x ckup rhat,mle la bdn jam,dmam n mcm2 lg.sem ni kina kerap sgt x sht.rse pnt sgt2..

http://www.emocutez.com

Perang Nafas Panjang

| | 0 comments

Arkikle ini kina terbaca dalam blog salah seorang usrati.yang diambil dari pendakwah muda Hilal Ashraf.1 artikle y sangat penting utk kina share kn dgn sahabat sekalian agar ap y terkandung dlm artikle ini dapat mnyedarkan kte sume & d'praktikkan.

Ledakan kesedaran apabila berlakunya serangan tentera Israel Zionis ke atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan Flotilla, Lifeline4Gaza saya pandang sebagai ‘spark’ apabila dua batu api dilagakan.

Tinggal sekarang, siapakah yang hendak menggunakan ‘spark’ yang wujud itu, mencucuhkannya pada dedaun kering agar muncul api yang menyala, kemudian disogokkan pula api kecil itu dengan ranting kecil membuatkannya membesar dan kuat, seterusnya diberikan kayu yang lebih besar agar ia lebih marak, akhirnya diberikan kayu-kayu besar untuk menjadikan nyalaannya kekal?

Hari ini, 2 Jun 2010, tawanan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel telah dibebaskan. Tawanan Malaysia seramai 12 orang telah berada di Amman, Jordan. Sempat saya bersembang dengan Ustaz Hasanuddin yang juga merupakan keluarga saya, ternyata keadaan mereka selamat dan semuanya dalam keadaan yang baik walau diceritakan bahawa mereka dilayan dengan kasar oleh askar Israel.

Tawanan telah selamat. Jerit laung sudah semakin surut. Sungguh, kita sinonim dengan menang sorak. Hakikatnya Israel tidak tewas dengan pelepasan tahanan. Gaza terus terluka. Islam terus dihina. Justeru tidakkah kita melihat bahawa kita perlukan kefahaman yang jelas agar kemenangan berpihak pada kita?

Sungguh, jika saya, saya melancarkan perang nafas panjang kepada mereka.




Perang Nafas Panjang

Pasti ada yang bertanya, apakah itu perang nafas panjang yang saya kata. Hakikatnya ia adalah satu perancangan rapi yang mesti digerakkan dengan konsisten, penuh keimanan dan kepercayaan kepada janji Allah, sabar dan istiqomah adalah perisai ketahanan, dan taqwa adalah bekalan perjalanan.

Perang Nafas Panjang bukanlah gerakan solo yang dilakukan perseorangan. Bukan juga tindakan-tindakan yang memberikan kesan sementara tidak bermakna. Tetapi ianya satu pergerakan bersistematik yang kesannya amat utuh tak mampu digegarkan semua.

Sungguh, ianya popular dikenali dengan nama lain.

Dakwah dan tarbiyah

Itulah dia perang nafas panjang yang saya perkatakan.


Jahiliyyah dan perang nafas panjang mereka.

Kita melihat bahawa jahiliyyah yang dicanangkan oleh musuh-musuh Allah juga mempunyai sistem peperangan nafas panjang mereka. Kita melihat dengan lebih luas, betapa apa yang berlaku hari ini, apa yang ada di sekitar kita hari ini, adalah semuanya hasil perancangan yang telah mereka usahakan beratus tahun yang lepas.

Pemimpin-pemimpin dunia hari ini adalah produk didikan mereka. Suasana hari ini adalah acuan tangan mereka. Media hari ini adalah keluaran mereka. Hiburan, maksiat, dosa, semuanya diatur oleh mereka agar menjadi malakah(darah daging) dalam kehidupan kita. Mereka yang menyediakan itu dan ini, mengaturkan itu dan ini, agar kita terpenjara dalam ruang lingkup yang dikehendaki mereka.

Akhirnya, hari ini tiba. Mereka boleh menipu tanpa ada yang mampu bertindak terhadap mereka. Mereka mengawal ekonomi. Mereka mengawal suara pemimpin. Lihatlah betapa sikitnya yang ambil kisah dengan Islam dalam kehidupan mereka, lihatlah betapa sikitnya pula yang ambil kisah dengan Palestin sana, jangan dicerita pula betapa sikitnya yang berjuang di atas jalan Allah SWT.

Semuanya hasil perancangan mereka.

Adakah mereka mula menggerakkan perancangan mereka semalam?

Tidak.

Mereka telah bermula beratus tahun yang lampau.


Menang sorak sehari tak akan merubah apa-apa

Kita laknat mereka, kita doa kehancuran untuk mereka, tetapi kita tidak bergerak dalam arena perang nafas panjang, maka kita tidak akan mendapat apa-apa.

Hari ini mereka bebaskan orang ikut kehendak kita. Esok mereka bunuh lagi orang lain yang sama pentingnya, cuma mungkin kita tidak mengenalinya. Hari ini mereka berikan kita apa yang kita mahu, agar kita tambah alpa dan leka, rasa kemenangan sudah milik kita. Esok mereka gerakkan lagi perancangan yang lebih besar untuk memerangkap kita.

Hakikatnya, berapa ramai telah terbunuh di Palestin? Dari sebesar-besar sebuah negara, hingga tinggal wilayah Gaza sekangkang kera. Tidakkah orang Israel itu sentiasa berjaya? Sedang kita menang sorak sehari sahaja.

Kita kata itu dan ini, tetapi kehidupan tetap tidak berubah jua. Kita hanya lancang pada bicara, tetapi hidup tetap tidak kita ubah tatacaranya. Kita tetap hidup macam orang jahiliyyah hidup. Cuba soal semula diri kita, lihat kembali kehidupan kita. Apakah dari jahiliyyah yang telah kita korbankan dalam kehidupan kita? Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT? Bagaimana pula hubungan kita dengan muslim lain di sekeliling kita?

Nyata, ummah tak akan diselamatkan oleh seorang hero.

Tetapi ia diselamatkan oleh satu generasi.

Rasulullah SAW dan para sahabat menjadi bukti akan hal ini.


Urgensi dakwah dan tarbiyah

Maka di sini kita perlu melihat kepada perang nafas panjang kita. Mungkin sahaja kejayaan itu tidak tiba hari ini, tetapi pastinya kalau kita menggerakkan agenda Perang Nafas Panjang ini, kita akan berjaya dalam satu jangka masa yang pasti.

Saya memberikan beberapa contoh perang nafas panjang yang telah berjalan.


1. Gerakan Dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat. Walaupun hanya sempat berjalan selama 23 tahun sahaja, tetapi nilai gerakan da’wah atas dasar keimanan kepada Allah swt tetap terus berjalan hingga ke hari ini. Walaupun jasad Baginda telah tiada. Nilai 23 tahun hidupnya dakwah hingga ke hari ini masih dibicarakan, akhlak baginda, uslub dakwahnya, kaedah pemerintahan baginda. Hinggakan nama-nama para-para sahabat Nabi saw dijadikan nama anak-anak kita bg mengenang jiwa yang pernah hidup dan mencorak dunia hingga ke hari ini.



2. Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna. Ia ditubuhkan sekitar 80 tahun yang lepas. Kalau kita perhatikan, pengasasnya telah meninggal dunia lama dahulu. Tetapi hasil dakwah dan tarbiyah yang dijalankannya, kita dapat melihat dengan jelas betapa Ikhwanul Muslimin berperanan dalam menjana syu’ur Islam terhadap masyarakat hingga ke hari ini. Ikhwanul Muslimin telah melebarkan sayap ke seluruh dunia dan kini boleh dikatakan mempunyai pelbagai jenis persatuan yang terlahir mencontohi pergerakan Ikhwanul Muslimin. Ketua mereka telah meninggal dunia, tetapi mereka terus bergerak. Ahli-ahli mereka ramai dipenjara, tetapi mereka terus bergerak. Dakwah dan tarbiyah. Dakwah dan tarbiyah. Akhirnya mereka menghasilkan ramai peribadi-peribadi yang semuanya menajdi duta menyebarkan agama Allah SWT dalam bentuk yang jelas. Bila ia ditubuhkan? 80 tahun yang lalu. Bukan semalam


3. HAMAS. Ditubuhkan pada 1987. Sekitar 20 tahun yang lampau. Diasaskan oleh Syeikh Asy-Syahid Ahmad Yassin dan rakan-rakannya. Terhasil atas kesan daripada tarbiyah Ikhwanul Muslimin(lihat bagaimana dakwah dan tarbiyah itu menghasilkan kesan). Walaupun kelihatan ianya banyak berperang dengan senjata, tetapi HAMAS adalah satu pertubuhan dakwah dan tarbiyah juga. Mereka mengislah kehidupan masyarakat, menyebabkan masyarakat sangat cinta kepada mereka. Lebih dari itu, masyarakat bersatu dan berdiri di sisi mereka. Terlahir daripada tarbiyah mereka qudwah-qudwah yang menjadi ikutan dunia seperti Abd Aziz Rantisi, Yahya Ayyash, Khaled Mesyal. Kesan terbesar yang berjaya ditunjukkan adalah mereka memenangi pilihan raya walau baru pertama kali menyertai. Bahkan, segala kesukaran yang ditimpakan ke atas mereka tetap tidak menyebabkan rakyat meninggalkan mereka. Lihat. Bila ia ditubuhkan? 20 tahun yang lalu. Bukan semalam.


Apakah asas dua pertubuhan itu?

Dakwah dan tarbiyah. Ia membina kilang mereka sendiri, memproses manusia agar menjadi seperti mana yang Allah redhai. Manusia yang telah diproses ini pula memberikan kesan pula kepada manusia yang lain menyebabkan kewujudan manusia-manusia yang Allah redhai semakin banyak. Ia seakan satu sistem piramid, MLM, tetapi berani saya katakan ini adalah sistem MLM Ilahi yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dahulu.

Rasulullah SAW berdakwah kepada Abu Bakr RA, Abu Bakr RA pula mengajak Bilal bin Rabah, Uthman ibn Affan, Abdurrahman Ibn Auf, dan ramai lagi. Mereka yang ramai ini pula mengajak yang ramai lagi. Dan mereka mengikuti proses tarbiyah, mengislah kehidupan mereka, mengislah keimanan mereka, memantapkan kefahaman mereka, meningkatkan kesungguhan mereka terhadap ibadah dan menjadi seorang mukmin yang sebenarnya.

Dalam masa 23 tahun, Islam menjadi anutan seluruh jazirah arab. Dan tidak lama kemudian, menjadi pemerintah kepada 2/3 dunia. Sejarah telah merakamkan manusia-manusia seperti Umar Al-Khattab, Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh, Ilmuwan-ilmuwan Islam dan sebagainya yang dikagumi semua, ilmu-ilmu Islam yang advandce, wilayah-wilayah Islam yang jauh lebih maju, makmur dan aman.

Adakah ianya berlaku dalam masa sehari?

Tidak sama sekali. Ia telah digerakkan seawal hari pertama Rasulullah diutuskan. Dakwah dan tarbiyah.


Itulah dia perang nafas panjang, dan kita juga boleh melaksanakannya

Sewajibnya orang-orang yang beriman kepada Allah SWT memahami perkara ini dan melaksanakannya bermula kepada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Mulakan dengan mentarbiyah diri, kemudian berdakwahlah kepada ahli keluarga. Bina keluarga kita sebagaimana yang Allah redha, yang Allah mahu. Anak-anak kita yang soleh akan memberikan kesan kepada anak-anak orang lain di mana sahaja mereka berada. Isteri kita yang solehah dan terjaga akan menjadi model kepada wanita-wanita di sekelilingnya. Kita yang bersih akan menjadi contoh ikutan kepada semua. Keluarga kita yang bagus, baik akan menjadi qudwah kepada masyarakat.

Adik beradik, ayah ibu, abang kakak, semuanya kita usahakan.

Untuk pelajar bujang, bermula dengan diri, kemudian dengan rakan-rakan serumah, seterusnya rakan-rakan sekuliah.

Gerakkan dakwah dan tarbiyah. Pastikan ianya bergerak dengan konsisten. Bukan tembak dan lari. Tetapi pimpin dan bimbing. Kita bina bi’ah solehah di tengah badai jahiliyyah, menghasilkan satu perkara yang bernama uzlah syu’uriah tammah(pengasingan rasa secara total – orang lain suka jahiliyyah, kita di tengah mereka menggerakkan Islam – yang konsisten).

Jika musuh-musuh Allah menyebarkan suasana jahiliyyah, maka kita kena bina suasana solehah. Jika musuh-musuh Allah berikan hiburan jahiliyyah, maka kita kena masyhurkan hiburan yang menghidupkan jiwa. Jika musuh-musuh Allah membina pemimpin-pemimpin berotak taat mereka, kita membina pemimpin-pemimpin berotak taat kepada Allah.

Tetapi semestinya, membina bukanlah jalan yang sekejap. Ia memakan masa. Tetapi bagi yang percaya dan beriman kepadaNya, ini tetap akan digerakkan. Kerana inilah dia jalan kemenangan yang sebenarnya.

Inilah yang dilakukan mereka yang faham. Mereka inilah yang namanya bukan sekadar berdoa dan berharap. Bukan sekadar melaung dan menjerit. Mereka ini yang bukannya menang sorak sehari tetapi kemudian kalah berhari-hari.

Inilah dia orang-orang yang percaya. Yang yakin dan sabar dengan ujian-Nya.

Inilah dia, manusia yang akan menang pada akhirnya.

Perjalanan ini memang panjang. Tetapi kepanjangan itu, itulah yang terdekat dengan apa yang kita kehendaki – Redha Allah, keamanan hidup di dunia dan syurga di akhirat sana.

Perang nafas panjang, apakah kita telah melaksanakannya?


Perang Nafas Panjang membina aset

Rasulullah SAW tidak ada di atas muka bumi tika Islam menguasai 2/3 dunia. Yang menyaksikannya adalah aset kepada pewaris-pewaris yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW membina sekelompok manusia di zamannya, sekelompok manusia itu membina pula manusia di zaman mereka, pergerakan ini berjalan dalam bentuk rantaian lantas menghasilkan hasil yang tiada siapa mampu menjangka.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna tidak ada di atas muka bumi tika Ikhwanul Muslimin telah tersebar ke merata dunia. Yang menyaksikan semua ini adalah aset kepada pewaris-pewaris yang telah dibina olehnya. Dia hanya membina sekelompok manusia sekelompok manusia itu membina pula manusia di zaman mereka, pergerakan ini berjalan dalam bentuk rantaian lantas menghasilkan hasil yang tiada siapa mampu menjangka.

Sheikh Asy-Syahid Ahmad Yassin tidak ada di atas muka bumi tika Hamas memenangi pilihanraya dan menguasai Gaza sebagai kerajaan yang legal. Yang menyaksikannya adalah aset kepada pewaris-pewaris yang telah dibina olehnya. Dia hanya membina sekelompok manusia di zamannya, sekelompok manusia itu membina pula manusia di zaman mereka, pergerakan ini berjalan dalam bentuk rantaian lantas menghasilkan hasil yang tiada siapa mampu menjangka.

Tinggal kita, apakah kita hendak percaya akan taktik Perang Nafas Panjang ini?

Sungguh, yang percaya dan mampu melaksanakannya hanyalah yang benar keimanannya kepada Dia.

Tidakkah anda teruja untuk menyertai kafilah syurga?




Penutup: Kalau benar serius, itulah dia jalannya

Perang Nafas Panjang tidak akan mampu dilaksanakan oleh orang yang tidak faham akan permasalahan Palestina yang sebenarnya. Idea ini juga tidak akan mampu ditangkap oleh orang yang tidak faham akan tujuannya berada di atas muka bumi Allah ini. Idea ini juga tidak akan mampu difahami oleh mereka yang tidak melihat Islam adalah cara hidup yang sebenarnya.

Dakwah dan tarbiyah, kalau benar serius untuk menewaskan Israel, menewaskan musuh-musuh Allah, maka itula dia jalannya.

Anda boleh kaji perjalanan Rasulullah SAW. Baginda hakikatnya mempunyai tiga pilihan di awal dakwahnya.

1. Baginda mempunyai pilihan untuk membuat revolusi. Baginda boleh kumpulkan rakyat-rakyat miskin, mereka yang tertindas, yang nyata merupakan majoriti dalam masyarakat, untuk menumbangkan terus Pemimpin Makkah dan mengambil alih tampuk pemerintahan, kemudian barulah menyebarkan kefahaman Islam mendidik rakyat. Tetapi Rasulullah tidak berbuat sedemikian.

2. Baginda mempunyai pilihan menerima tawaran menjadi Raja Arab apabila pemimpin Quraisy menawarkannya sedemikian sebagai ganti untuk tidak meneruskan dakwah da tarbiyah baginda. Baginda sepatutnya boleh sahaja menerima tawaran itu dan kemudian apabila telah menjadi raja, baginda sebarkan Islam. Kerana masyarakat arab memang akan mengikut rajanya. Tetapi Rasulullah tidak berbuat demikian.

3. Baginda bermula dari kosong, melaksanakan dakwah dan tarbiyah, mengajak hati-hati yang bersih dan membina mereka lalu tumbuh di tengah masyarakat jahiliyyah cahaya-cahaya petunjuk untuk kehidupan mereka. Tetapi cara ini sukar dan panjang. Namun kita lihat, Rasulullah memilih jalan ini.


Kenapa pilihan ketiga? Kenapa tidak yang pertama yang kedua?

Hal ini kerana, keimanan dan kefahaman itulah yang perlu diperkukuh fahamkan, ditanam kemas dalam kehidupan masyarakat, barulah masyarakat itu akan membentuk satu kesatuan menyokong kehidupan Islam dalam bentuk amalan bukan sekadar semangat. Bila keimanan dan kefahaman telah kukuh, barulah bila dibinanya kerajaan, rakyat akan menyokong penuh. Bila hendak digerakkan ketenteraan, kekuatannya berkali ganda utuh.

Apakah rahsia Islam bertahan menjadi pemerintah dunia selama 1400 tahun lebih?

Inilah dia. Perang Nafas Panjang. Dakwah dan Tarbiyah.

Jika benar hendak tewaskan musuh-musuh Allah, maka inilah dia caranya

nk bercuti tp x puas ati

| | 0 comments

esok nk g bercuti kt tasik kenyir,terengganu.hooray!finally dpt gak g sne.

http://www.emocutez.com

so mlm ni kne lipat bju y b'timbun dlm bakul siap2 sbb sok nk gerak lps sbuh since abg2 sume xleh harap.pdhal bkul bju kt blk diorg.
itulah org lelaki.nk ckp psl bnd ni,ckup xske dgn pmikiran org2 y m'aggap sume krja2 dlm rmh adalah tugas pmpn smata2.

http://www.emocutez.com

smpai kan baju s'dri pn pmpn gak kne lipat.nk ckp mmg byk la x puas ati ngan org laki spesis ni.
smpai kina naik malas nk wat pape keje.huh.

http://www.emocutez.com

sbb org2 lam rmh ni mntg2 nme lelaki,goyang kaki je.
xnk bg kejesama lgsg.hdp nk sng semedang.

http://www.emocutez.com

ckp byk pn xgne sbb nothing will change.nsb la org pmpn..

http://www.emocutez.com