Sultan Muhammad Al- Fateh

| | 0 comments


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Biodata Ringkas
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Pendidikan
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Keperibadian
Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.

Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

Ramadhan datang lagi

| | 0 comments

Assalamualakum..

ahlan ya Ramadhan..

sudah terlalu lama menyepi rasanya..bukan menghilangkan diri,bukan tidak ada perkara untuk ditulis,tetapi kekangan masa dan barangkali aku bukan penulis yang baik,jadi tidak pandai menyusun bahasa.cuma kadang-kadang je idea datang,jari pantas menaip,menulis untuk meluahkan apa yang terpendam.kerana hanya dengan menulis aku dapat melepaskan rasa hati.

Ramadhan,sungguh aku merinduimu..juga rindu saat2 itu.saat aku sentiasa merasa nikmat2mu. tahun2 sebelum ni,aku menyambut Ramadhan bersama sahabat2 di kolej.suasana Ramadhan sangat terasa.hampir setiap masa dan hari kami benar2 menikmati & menghayati keindahan Ramadhan.setiap hari melakukan ibadat & pengisian sebanyak mungkin.sehingga terasa Dia begitu hampir disisi..sehingga terasa sedih amat bila Ramadhan melabuhkan tirainya..

Tapi tahun ni sambut Ramadhan dirumah.tidak ada yang istimewa.semuanya seperti biasa.tidak terasa aura Ramdhan selain bila pergi terawih.tidak ada pengisian tazkirah seperti di kolej.tidak ada iftar jama'ie..tidak ada tadarus.tidak mengapa,baru hari ke 2 puasa.hati ini masih berharap dapat menghidupkan Ramadhan.walaupun mungkin Ramadhan tahun ini tidak seindah dulu.Apa pun aku akan usaha sehabis daya menghayati Ramadhan kali ini.kerana belum tentu aku akan dapat bertemu lagi dengannya tahun depan..

terhiris,terguris

| | 0 comments

cukup-cukupla la hati ni terasa dengan orang disekeliling ku..da banyak sgt luka n parut y xpnh hilang..hati ni hanya blh tanggung semuanya s'diri, kadang-kadang terasa hati ni da xkuat lg.ckup2 la..

Disini minatku..

| | 2 comments

Ramai y t'tanye2 n ragu2 knp kina nk keje kt tadika.t'msuk la pengetua y pelik kenapa kina nak keje kat tadika sedangkan kina takhasus dalam bidang usuluddin.hmm..

minat asal kina mase sekolah ialah seni dan tadika.kina nak stdy dlam bidang seni n impian kina nk bukak tadika sendri.mase sekolah dulu memang kina sangat akif dalam seni.n dari tingkatan 4 lagi kina minat nk keje sekejap kt tadika untuk cari pengalaman.ibu xbagi keje.jadi lepas hbs spm kebetulan kina pulak dapat g plkn.hbs plkn terus sambung stdy.tp sebelum stdy ad wat p'bincangan untuk pilih kos y kina nk amek nnt ngan ibu abah.kina xdapat g ke kos seni,jadi wat la pilihan y laen.nurse.mle2 abah stuju tp pas2 x bagi plak. then abah soh amek bussines.ok la.pas2 xbg plak.ibu soh jadi ckg,mntak maktab.

pas2 ada 1 ari,abah bwk g pusing ipoh n servey kolej2 y ad kt ipoh.then singgah kt KISDAR,kolej islam darul ridzuan.tbe2 abah soh amek pengajian islam.abah nk kina g mesir.abah kte dlu abah teringin nk g tp xdapat.jadi abah nk kina y g.sbb kn xnk kcewa kn ibu abah,kina pn setuju.

mula2 kina masuk sume ok.kina belajar dgn baik.hbs je maharah kina terus masuk dip.mmg susah.tp ibu abah pye pasal,kina usaha gak.tp di sebab mmg bukan kmampuan kina kt situ kina xblh teruskan.

b'macam2 y kina lalui dan hadapi.sangat2 menguji kina.sampai kina rase jatuh n xboleh nk bangun da.n sekarang kina kt sini.
kina benti stdy n b'kerja kt SEDAS.Alhamdulillah..bl kina wat apa y kina minat,sumenye b'jalan lancar n mudah.wlupn pnt n byk sgt kje,tp kina sgt puas ati n sronok.

smlm mase meeting bersama sume guru2 ,pengetua & bos,kina sangat t'sentuh dgn kata2 bos.beliau seorang y sangat b'fikiran t'buka,optimis & memahami.beliau b'cakap tentang pelajaran,minat & masa depan.antara nasihat beliau untuk anak ialah,

seseorang wlupn rsultnye x cantik mse sekolah,biarkn die buat ap y die minat.insyaallah die akan b'jaya di situ.tapi klu die dipaksa buat ap y die xminat,keadan akan jd lebih teruk n masa depan die x ke mane.jangan bl cita2 kte dulu x t'tunai,kte nk anak2 kte isikn cita2 kte 2 sedangkn itu bukan la minat ank2 kte.dan dia akn gagal di situ.kte kne tgk jgk kemampuan anak2 kte dimne.tapi malangnye ibu bapa ni byk y m'harapkan ank2nye b'profession tinggi2.mahukn puji pujian dari orang s'keliling.t'lalu risau dgn kate2 orang.sedangkan anak y perit nk menaggung.

dan byk lg motivasi2 beliau y sangat menyentuh hati..kina sangat bahagia & b'syukur sgt di tempatkn di SEDAS.bos2 y baik,sporting,guru2 y sangat ramah n heppening,sntiase ceria. betul2 seperti sebuah keluarga.wlupn ramai y da kawen,tp perangai mcm2 budak2.

tapi pape pn kina x mnyesal pernah amek usuluddin.banyak y kina belajar.wlupn bg ibu abah kina da byk buang duit diorg,tp pd kina sebenarnye skit pn duit tu x dibazirkan.sbb ilmu2 y kina dapat,sangat2 b'harga dan b'guna.

dan kenapa kina minat dengan tadika??

sebab kina seorang y b'fikiran jauh.kina ske fikir benda y besa n jauh ke hadapan.tp kina jugak pentingkan hal2 y kecil.y slalu org abaikan n xpndang pn.kina mmg sangat2 sukekn anak2 kecil.wlupun diorg b'mcm2 ragam,tp lbih mudah nk dibentuk.n kina nak nnt bl da kwen n ad anak,kina nk jage anak s'diri dgn didikan y sepatut n secukupnye.kina ni saangat cerewet n perfectionist. ape pn y kina wat msti kina nk wat y t'baek t'masuk la anak2.sbb takut klu bg anak kat org,entah pape y diorg aja kt anak2 kina nnt.pas2,tadika ni tempatnye t'tutup.xde pekerja lelaki.
so blh elakkan fitnah.suami pn xcemburu atau risau nnt.ibu abah pn xyah risau pape.
n tmbahan,kt tadika kina xperlu pkai purdah sepenuh mase.sbb kina agak semput klu pkai purdah lame2.ape lagi bl penat dgn keje.so bl kina keje tadika,smbil cari rzeki, dapat awasi anak2. n didik s'dri.so xsusahkn sape2.

tapi sdeyhnye..ibu abah xfaham..
diorg nk anak2 b'gaji tinggi..bg kina soal gaji,bkn y utama.y utama ialah kina wat ay y kina minat n apa y kina buat.sebab kina xpenah dpt buat apa y kina nak,apa y kina suke..lagi pn apa y kina buat adalah benda y baik.

Rezeki Allah y bagi..y penting usaha..belaja tinggi2 pn belum tentu keje bgus2.berapa ramai graduan kte y mengaggur?dpt keje pn laen dari bidang y di amek mse blaja dlu.klu pn dapat keje bagus, mcm2 msalah laen lak y dtg.kje bagus,pangkat tinggi,tapi jadi 'hamba' org.lg byk duit lg idop xsenang.kina rase selasa dgn keadaan kina skrg.wlupn gaji kecil,keje biase2 je tp stiap kli kina dpt gaji,kina bg ibu abah sikit.insyaallah xkn ptus n kina xkn abaikan ibu abah.ap y penting, ap y kte buat 2 berkat.insyaallah kte akn hidup tenang & Allah akn permudahkan urusan kte..


pristiwa b'darah di SEDAS

| | 2 comments

assalamualaikum sume
http://www.emocutez.com
arini ari ke 3 kina kt SEDAS
pg td kul 6.30 da kua rmh.huhu agk klm kbut jgk.huaahh ngantuknye...
tugas pg td ialah mnyambut bdk2 kt pntu pgar.haa rmai y baek2 arini.
snok gak smbut ank2 murid kina.knl la spe parent2 diorg an.n plg d'tunggu2,yeay! anas si kcik n comeyl dtg!huhu ank murid ksyangan nih.bdk 4 thn y paaling kcik.taapi..arini anas dtg nges2 la.xnk g tdka.jerit2 nk ikut ayah g kje.jnuh la ktorg (kina n t.baayah ) pujuk.then ayah die pn blk. tggal la anas t'jerit2 nges..then t.baayah kte,xyah pjuk die.nnt da pnt die akn benti s'dri.
tp mkin lme mkin kuat lak anas nges.xpela.
eh,pas2 tbe2 ayah anas dtg blk,rpe2nye nk bg btol susu anas.hahha
dlm ati ni bru sdar.anas msh kcil rpenye..

then kina pn g la kt anas nk bg btol.skali die keja ayah die.kina jnuh la thn die.then die ngamuk.tndang2 kina,hmpir2 nk tmpar kina n trik2 tdg kina.mak aii pye la kuat si kcik ni.. nsb baik la t.maznah tlg amk die.klu x truk kina kne pkul ngan die.hahahha..cuak tau.

then kina pn follow la blkg,t.maznah pn bgtau,si anas ni mmg gnas.n tye sme ad ad x anas ggit kina.sbb anas ni kdg2 die ggit je gru2 ni.waaaa..takotnyeee!
huh kina rse sgt b'naseb baik arini xkne ggit.slebihnye,t.maznah y uruskan.kina lak g smbung duty.
owh lpe lak,pg ni 2 org murid kina y mragam xnk msuk tdka. anas n harraz. ha
harraz pn nges truk gak.tp harraz x agresif n mlwan.just nges je.nsb baik la.

msuk tgh hari lak.cam biase lah sesi p'belajaran kn.then tbe mse mndi utk bdk2 pmpn murid kina.t.maznah y handle.n kina lak jge bdk2 llaki smbil wat p'bacaan.
dok tgh sbuk wat p'bacaan 2,dtg lak si adieb..nkal,agk gnas tp mnje.sgt rpt ngan kina.kuat mngadu n ske sgt wat suare halus.xske tnjuk suare sbnr die.hahaha
si adieb ni pn dtg la mrengek2 kt kina..''teacher..adieb nk spitol..adam amk spitol adieb..''
d'goncang2nye tgn kina soh amk cpt.kina pn,''spitol??laa.. bkn spitol la..pistol..hahaha..ok2,adieb g la mntk baek2 kt adam.."
adieb mrengek lg.
hmm..kina pn g la kt adam,mntk kt adam baek2 soh share ngan adieb.adam xnk.then kina pjuk lg.pn die b'keras xnk.adieb da hentak2 kaki nk nges pakse kina amek pistol 2.haa kina pn pjuk la adieb soh wat pistol gne lego. huh kina da la kne wat p'bcaan,nk lyn die adieb ni lak
then kina tggalkn adieb n smbung keje.byk kli adieb soh kina amk pistol 2,byk kli gak kina soh adieb wat pistol gne lego.sbb pistol td pn di wat dri lego gak.
kina da pnt da..dgn kerenah ank2 murid y laen lg.dgn bsgnye.. org ni kcau org 2,org 2 kcau org ni,ad y naek ats mja,ad y kcau brg2 teacher.ad la gmb2 y t'cbut.kina lak kne hndle diorg sume sorg.aaaa..
tgh dok sbuk,tbe2 adam nges.lah..si dani ngan adieb berebut ngan die pistol 2..kina pn mrh la dani n leraikn diorg.y si dani ni,murid y plg nkal,gnas,ske kcau kwn2,xnk dgr ckp teachers lgsg n plg ske wat bsg.then kina smbg kje.tbe2 adam nges lg.kina bgun lg g kt diorg.ya Allah! mte adam b'darah2.gado ngan dani n adieb.n dpn2 kina dani tmbuk mte adam lg skali.si dani ni,adieb y berebut pistol ngan adam,die y sebok g pkul adam.nk tnjuk gengster la knon.
hah nges air mte drah adam.
http://www.emocutez.com
kli ni dgn hdung skali b'darah.haaaah mnyirap kina.
http://www.emocutez.com
then da marah2 n lap drah kt mke adam,tiga-tiga kina bwk g jmp t.azimah n pengetua.kcoh sume.y si dani,wlupn pgetua da mrh2,die skit pn xtkut.bahkan lg bangga.
http://www.emocutez.com
bdk ni sgt la mnakutkn.
slebihnye kina xtau ap y b'laku sbb kina g msuk kls blk n mandikn bdk2 llaki.

act adieb n adam ni mcm adk bradik,mke pn lbih kurg.n adieb bhskn dri die abg.tp adieb lbh ksar n adam lmbut skit tp xkuat ngadu.n sme2 manje.ni bru cter skit dri kerenah bdk2 4 thn,y kerenah bdk2 5 thun pn xcter lg.mmg pening. mmg kina kne lbh grang n tegas lps ni.
http://www.emocutez.com
huhu

teacher sakinah

| | 0 comments

alhamdulillah rzeki kina.dpt twaran b'krja di sbuah tdika b'dekatan dgn kwsn rmh.
tadika SEDAS.
n lega sgt,i'viewnye xssh
n trus dpt kje
bos pn nmpk ok.sporting gak.ceria je orgnye.
n plg best,pkrjanye sume pmpn n 'customer'nye sume knk2.

http://www.emocutez.com

lps i'view,bos serahkn kina kt penyelia( teacher azimah ) utk 'b'sua knl' dlu ngan tugas2 kina.
mle2 skali,msuk kls y akn kina hndle nnt.knak2 4 thn.

cerita 1 :
first day kt tadika SEDAS
msuk kls,'alahai comeylnye ank2 murid aku ni..'
b'terabur ank2 murid kina ats lntai
b'mcm2 gye
mcm tgk tgk tv kt rmh je
at y t'lntang
ad y mniarap,
ad y b'guling2
ad dok bwh mja
ad y b'lari2,kcau2 kwn
n sgt bsing
dkt SEDAS,kami m'gunakan gelaran teacher bg stiap guru.
then teacher azimah mntk kina p'kenalkn dri pd murid.

http://www.emocutez.com
kina,''assalamualaikum kls..''smbil t'senyum.
''nme teacher,teacher sakinah.teacher dduk kt tmn rpt perdana, kt sne 2 je''
smbil mnunjukkn arah kwsan rmh.
teacher azimah,''haa nme teacher ni ap kls??''
murid2,''teacher sakinah!'' sume jwb dgn pnuh smngt.
teacher azimah,''haa ni la teacher bru y akn aja nnt.klu ad pape nk tye ngan teacher sakinah,tye la. kn teacher sakinah kn?''
smbil syum mleret.
kina,syum je.''kls ad nk tye teacher pape x?''( malu2 lg.hehe)
sorg murid y plg kcik n sgt comeyl,'' teacher3! nme teacher ap?'' dgn suare y ckup kuat.
kina,
http://www.emocutez.com
'tringat aku pd kisah itu..
si anak,''burung ap?''
si ayah,''burung murai''
si anak,''burung ap?"
si ayah,''burung murai..''
si ank,''burung ap??''
si ayah,''burung muraii............''
hahahaha

cerita 2 :
sesi ptg,bdk2 agama ( mcm bdk2 sekolah agma rkyat )
sume bdk2 tgk kina dgn pnuh taajub.hahaha
sume pakat kerumun kina,excited nk knl dgn teacher baru.mcm2 soalan y d'tye.kina lyn je sume
n mse nk g kls,ad dua org bdk llaki dduk kt rak ksut.dri td da usha kina jauh.
then y sorg 2 tye,ustzah2,ustzah grang x??
kina,''garang!''tnpa pndg diorg.( thn gelak )
diorg trus b'pndangan s'sama s'dri dgn muka y sgt tkut.
pecah tawa kina.alahai bdk2 ni..hahahaha
ckit pye comeyl la teacher ni.teacher2 kt sni sume xcnfident,blh ke kina grg ngan bdk2.asyk pesan kt kina,soh grg ckit ngan bdk2.hahah
grang 2 grang la.tp dgn bdk,mmg kalah....huhuhu

xtau la da brp byk kli bdk2 tye nme kina
wlupn da bgtau,kang ad je lg y dtg tye.ad y dtg b'kumpulan rmai2,ad y maen org tgh soh tye kn.nk tye s'dri malu.hahaha..n bdk2 ske nk mnyendeng kt kina.huhu
ske pjuk bdk2 nges.comeyl je.hik4..
http://www.emocutez.com


ok smpai sni je cter utk ari p'tma.nk solat.t smbung lg kay.
daa.
.http://www.emocutez.com



i'm quit!

| | 1 comments

da benti keje.
huhu rse ap ek?
xtaw.mrh ad, cdeyh ad, lega pn ad.
sbb ad baek ad bruk.ad hikmahnye.
tamat ujian pertama dlm zmn bkerja.ujian sterusnye..xtau lg cane...
hrp makin kuat fzikal mental.
honestly da mle rse syg tmpt 2.especialy murid2 kina.
but it seem's goin' wrong if i remains stay there.
bad 2 story the past.n the past is history..

harap2 cpt dpt cri keje n rmh sewa bru.